Friday, January 18, 2013

Sahabat

Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

Mulakanlah persahabatan dengan kejujuran.Orang yang menjalinkan ukhuwah kerana Allah tidak akan menipu sahabatnya yang lain.Sebaik2 sahabat adalah sahabat yang mengingatkan kita dengan Rabbul Izati.Yang mendekatkan kita dengan Sang Khaliq.

Setiap insan mungkin pernah merasai dikhianati oleh kawan.Kawan makan Kawan lah orang katakan.Tapi disebalik kejadian itu,ada pengajaran kita dapat.Iaitu,berhati2 dalam memilih sahabat.Kawan memang ramai,tapi sahabat yang sejati itu hanya dalam beberapa orang sahaja. :')

Dalam firman Allah,

Pada hari itu(yakni hari kiamat) sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). Az zukhruf : ayat 67.



Mencari sahabat sejati umpama mencari sebutir mutiara di pasir.Berprasangka baik pada orang.Jadilah sahabat yang sentiasa menarik sahabat yang lain ke jalan LURUS. :)

No comments:

Post a Comment